aku memang betul-betul menyirap gila dengan seorang budak lelaki dalam kelas aku nih taw . dari form 4 sampai form 5 tak pernah nak berhenti kacau aku . aku ni jenis melawan balik . dia punyalah iri hati dengan aku . hessy agaknya otak dia dah mereng kot . time dia baik aku ok je tapi time dia dok mengusik aku ... punyalah hot aku nih . temperature aku memang menaik kau taw x ? dahlah tak reti nak jaga perasaan orang . geram je aku nih .
dia start kacau aku waktu form 4 pertengahan bulan . aku ni kalau orang dok mengacau memang aku melenting . aku balas balik . tapi kan dia makin menjadi-jadi bila waktu form 5 . ada ke patut aku tengah lah syok gila berborak dengan farahin . borak punya borak hamek kau . dia selungkupkan aku dengan beg . aku punyalah angin . habis rosak tudung aku . lepastuh dia boleh lak tergelakkan aku . farahin pun gelakkan aku . budak laki tak yah ceritalah . memang diorang semua sokong dia ... lepastuh ada time aku tengah dok diam . punyalah aku syok dok diam je tetibe aku terasa ada orang baling kertas kat akuh . aku memang dah agak ni kerja si dia lah ni . aku balas balik hamek kau terkena tepat kat muke die . bhahaha memang aku gelak besar r . lepastuh yang aku x sangkanya dia nak balas balik tapi jauh so dia pergi kejar aku . aku lari lah . gilalah dia tuh . agaknya memang menempah maut ke hape ! banyak lagi benda dia buat kat aku sampai aku hangin je ... ngan dia . hah lagi satu . time tuh exam dia boleh main campak-campak kertas . aku menyirap je . time trial spm pun macam tuh jugak . aku memang tak paham betul dia nih . hessy hai !!! sakit je hati .
kadang-kadang cikgu pun geli hati tengok aku ngan dia bertekak . asal jumpe bertekak ...
korang faham-faham sendirilah bila 2 orang peljar ni kalau asyik bergaduh mesti budak-budak lain cakap ada jodoh lah hape lah . sampai cikgu pun cakap macam tuh ... huih mintak-mintak dijauhkan .
p/s : jangan cakap dia suke aku ! die suke kat seorang budak perempuan nih sejak dari form 3 lagi dalam kelas 5 sains jugak . aku harap aku x kan jumpe jumpe dia lagi selepas nih . never and never . kalau jumpa pun aku just buat don't know je ... buat tak kenal . hurmm malas aku nak berkawan dengan budak masuk air macam dia tuh . boleh jadi gila aku !
No comments:
Post a Comment