Feb 1, 2013

APEPUN TAK BOLEH !!!

semalam lepas aku balik dari kerja , my mom ada terima satu panggilan daripada kolej komuniti mengatakan bahawa aku terpilih untu mendapatkan biasiswa 1 malaysia . aku sebenarnya malas nak pergi . 
so pagi tadi aku siap-siap nak pergi kerja then ayah aku cakap tak payah gi kerja sebab nak pergi taklimat tuh . aduiih hai aku baru semangat nak pergi kerja . hissyy menyemak betullah taklimat tuh ! aku merungut . taklimat tuh start kul 12 pm so aku sambung tidur balik and bangun kol 11 am . aku pun dah siap and kitorang pun gerak dari rumah . taklimat tuh punya lah jauh kat melaka . dah lah panas sebab air cond dah rosak . ok dalam 1 jam lebih kitorang sampai ke destinasi tuh . sampai je aku kena isi borang terlebih dahulu sambil tuh ayah aku berbual dengan orang kat situh untuk tahu details . tibe-tibe ....
ternyata biasiswa tuh separuh daripadanya kena bayar untuk pilih kolej . lepastuh dia cakap sewa rumah akan ditanggung menggunakan ptptn yang akan dipinjamkan . hurmm rupenye kitorang tertipu . ingatkan 100 % biasiswa rupenye ade benda lain . baik amik ptptn je terus . ayah aku cakap diorang buat camtuh supaya nak tarik pelajar pergi ke kolej swasta diorang . kolej swasta tuh pun kolej yang kecil-kecilan and tak ternama macam limkokwing . weyh agak-agak r nak buat camtuh . korang nih memang tak de rasa keprihatinan ke ? kalau lah orang yang tak tahu apa-apa then dia straight terus bayar deposit waktu pendaftaran . dah lah mahal lak tuh . kalau result bagus x pe kalau result tak bagus . upu yang dia pernah apply sebelum ni akan dipotong nama kemudian dia terpaksa sambung belajar kat kolej swasta tuh je . kalau kolej tuh x de peruntukkan wang yang cukup then kolej tuh ditutup . mahasiswa and mahasiswi ni nak pergi mana ? haiyya !!!
ni semua pasal nak buat bisnes lah nih ... sampai nak tipu-tipu nih . sepatutnya aku dah pergi kerja dah . ayah aku lagi banyak urusan nak kena buat . ada meeting lagi nak kena pergi kl lagih . kau pikir kitorang ni x de urusan yang lebih penting ke ? dah lah duit minyak lagi nak kena bayar . hesyy panas je hati nih ! 

aku and parent main bla macam tuh je x dengar taklimat ape pun . lantak lah ko ! then singgah kat mcd jap kat cheng . makan-makan jap sebab perut dah lapar . then sebelah tuh ada tesco singgah jap sebab ayah aku nak beli barang . sambil tunggu ayah aku gi beli barang aku ngan mak aku round sekejap tengok kasut, baju and tudung . aku ada beli sehelai tudung bawal . ingatkan nak beli kasut jugak tapi x jadi sebab kasut 5 inch x de .... meheehe ~~~ ala-ala korea gituh !
pastuh singgah kfc beli cheesy wedges untuk adik aku yang kecik then terus balik rumah . huihh penat lah jugak . kalau kerja tadi kan bagus dapat duit , dapat jumpe kawan semua . hurmm nasib !! tadi pun aku berat hati je nak pergi kat taklimat tuh . hurmm aku lebih suka pergi kerja tau ! kawan aku pun ada dapat panggilan tapi dia malas nak pergi . hurmm eloklah dia tak pergi ! 

No comments:

Post a Comment