Dec 6, 2014
I am back
Assalamu'alaikum warrahmatullah hi wabarakatuh.. Masyaallah sudah lama betul ana tidak update blog kesayangan ana ini. Alhamdulillah masih lagi sihat dan berkesempatan untuk meninjau blog kesayangan ana ni yang sudah berhabuk dan bersawang. Huhu. Oh ya dan sudah begitu lama ana tidak ikut join Giveaway yang diadakan oleh blogger-blogger yang lain. Ana baru je habis STPM 2014 pada 25 November yang lalu dan sekarang ana hanya bermain facebook. Huhu bukan untuk mencari teman tapi untuk bermain games.. Dari semasa ke semasa ana sudah pun banyak berubah dan banyak belajar daripada kesilapan diri sendiri dan sekarang cuba untuk memperbaiki kesilapan dulu yang ana pernah buat. Alhamdulillah diberi hidayah oleh Allah Azza Wajalla untuk berjuang dan berjihad di jalan-Nya. Syukur kepada Allah. Kalau tak sampai bila lah pulakkan ana nak hidup pada zaman jahiliyyah ana. Nak tak nak semua itu ana terpaksa tinggalkan demi mencapai cita-cita ana di akhirat kelak dan ini semua hanya kerana Allah Ta'ala.. Alhamdulillah, Insyaallah. Ana rasa sampai sini sahaja dulu ye.. Wasalamu'alaikum warrahmatullah hi wabarakatuh..
Subscribe to:
Posts (Atom)