Nov 18, 2012

PERKARA MEMBATALKAN IMAN

IMAN - Percaya dengan membenarkan dalam hati, mengakui dengan lidah, dan beramal dengan         anggota .
IMAN merupakan anugerah daripada Allah yang amat tinggi nilainya kepada orang Islam. 

KEPENTINGAN IMAN

  • Berani berjihad dalam menegakkan kebenaran
  • Membentuk keperibadian Muslim yang sejati
  • Sentiasa mensyukuri nikmat Allah
MEMBATALKAN IMAN
  • Syirik
- Menyekutukan Allah dengan makhlukNya dari segi zat, sifat, atau perbuatan.
- Syirik merupakan suatu kezaliman yang besar. 
- Syirik Jali
   : dilakukan secara terang-terangan
   : contoh; bertenung nasib, menyembah berhala, menyembah pokok
- Syirik Khafi
   : tidak meletakkan Allah sebagai mutlak dalam niat
   : contohl; menunjuk-nunjuk kehebatan diri, riak/ujub/takbur, mengagungkan kuasa lain.

  • Cara Mengelakkan Syirik
- Masyarakat harus didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
- Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah
- Menerapkan nilai-nilai mahmudah dalam diri

  • Contoh perbuatan Syirik
- Memohon hajat di kubur yang dianggap keramat 
- Percaya kepada ilmu sihir
- Percaya kepada tangkal azimat yang boleh menyembuhkan penyakit 

  • Implikasi Perbuatan Syirik
- Individu
* membatalkan iman
* dibenci dan dimurkai oleh Allah
* menafikan kekuasaan Allah

-Masyarakat
* akidah masyarakat rosak
* maruah masyarakat Islam tercemar dan dipandang rendah
* masyarakat Islam menjadi mundur dan lemah


  • Kufur
- tidak percaya terhadap hukum Allah dan menolak ajaran Nabi Muhammad SAW
-Kufur Hakikat
 * ingkar dengan rukun iman dan menolak syariat Nabi Muhammad SAW
 * contoh; tidak mengakui balasan di hari akhirat, menolak hukum yang terdapat dalam Al-quran  
- Kufur Nikmat
 * mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat 
 * contoh; menggunakan nikmat ke jalan maksiat, enggan mengeluarkan zakat, boros
  • Faktor Kufur
  1. memiliki pegangan akidah yang lemah
  2. memenuhi kepentingan diri sendiri
  3. terpengaruh dengan kesenangan dunia

  • Riddah 
- keluar daripada islam iaitu murtad
- tiga cara 
  ! iktikad : berniat ingin meninggalkan Islam
  ! perkataan : mengisytiharkan diri keluar daripada Islam
  ! perbuatan : menganut agama selain Islam
  • Cara Menangani
- menasihati dan memintanya bertaubat dan kembali ke jalan Allah
- memberi bantuan dan perlindungan kepada golongan mualaf
- menguatkuasakan hukuman bunuh terhadap golongan murtad
  • Hikmat
- memberi amaran bahawa Islam bukan agama yang boleh diperlekehkan
- menghindarkan daripada masyarakat menjadi berpecah-belah dan huru-hara
- mengelakkan riddah yang boleh mencemarkan kesucian umat Islam
  • Langkah Mengelakkan Diri Daripada Murtad
- berpegang teguh dengan ajaran Islam
- mendalami ilmu-ilmu agama
- melakukan amalan yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah
  • Faktor Riddah
- tiada bimbingan dalam mendalami ilmu Islam
- menganggap bahawa hukum Islam adalah kolot
- Lalai dalam melaksanakan hukum Allah 
  • Langkah Mengatasi Murtad
- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya
- melaksanakan hukum jenayah hudud 
- memberi kefahaman yang sempurna kepada orang islam tentang akibat buruk murtad
  • Kesan Murtad
- menjadi penghuni neraka selamanya
- perkahwinan manjadi tidak sah
- haram dikebumikan di tanah perkuburan Islam


  • Khurafat
~ kepercayaan karut yang bertentangan dengan islam 
~ contoh khurafat
  : mandi bunga agar cepat mendapat jodoh
  : membuang ancak bagi menghalau hantu
  : mempercayai tangkal yang boleh mendatangkan kesan kepada pemakai
  • Faktor khurafat
~ memiliki iman yang lemah
~ masyarakat kurang prihatin dalam membanteras amalan khurafat
~ ingin mencari jalan mudah supaya cepat kaya
  • Kesan Khurafat
~ individu
  ! menyekat kebebasan berfikir seseorang
  ! membazir harta, masa, dan tenaga dengan perkara sia-sia
  ! menyebabkan syirik dan iman terbatal

~ masyarakat
  ! mengongkong masyarakat akibat pantang larang
  ! masyarakat mundur dan ketinggalan zaman
  ! berlakunya permusuhan dan pergaduhan sesama masyarakat
  • Cara Mengatasi Khurafat
@ menghapuskan tempat-tempat pemujaan
@ memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan buruk khurafat
@ mengembangkan usaha-usaha dakwah


  • Nifak(munafik)
# berpura-pura beriman kepada Allah sedangkan hatinya tetap kufur kepada Allah
  • Ciri-ciri Munafik
# berdusta apabila bercakap
# selalu memunkiri janji
# khianat apabila diberi amanah
# bersikap melampaui batas apabila bertengkar
  • Mengelakkan Perbuatan Munafik
# bercakap benar apabila berbicara
# bersifat amanah dan tidak memungkiri janji
# bertanggungjawab dan bertimbang rasa
  • Akibat Buruk Munafik
# melemahkan perpaduan masyarakat
# menghancurkan kekuatan umat Islam
# hilang sikap saling mempercayai antara satu sama lain










No comments:

Post a Comment