bila aku terkenangkan dia perasaan aku menjadi sebak dan aku merasa ingin menangis tetapi apakan daya semuanya sudah terjadi . takdir menetukan segalanya dan kita hanyalah merancang . aku seperti tidak sangka bahawa dia harus pergi selamanya dan meninggalkan aku dengan perasaan terkejut setelah mendengar berita tentang dia . dia adalah yang aku sayang dan yang aku kasihi . jika dia masih ada di sisi aku takkan ku lepaskan dia pergi . malang sekali , semuanya takdir .
kadang kala aku merasa rindu dan ingin sekali membelai dia dengan penuh kasih sayang . walauapapun , dia sudah tiada lagi . walau aku menangis air mata berdarah takkan ku mampu mengembalikan dia . apabila aku melihat cara dia meninggalkan kami , aku tidak sanggup sekali kerana dia mati terseksa ...
p/s : dia yang aku maksudkan adalah kucing-kucing tersayang yang aku dan sekeluarga bela sehingga besar dan dia adalah keturunan kucing pertama yang aku jumpa di depan rumah kampungku ... sekarang baka yang tinggal hanya seekor sahaja lagi ...
dia mati kerana sakit ...
No comments:
Post a Comment